SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG INI :: ILMU DICARI,UNTUK DIKONGSI

Isnin, 8 Ogos 2011

INTERAKSI 8 :: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Pengenalan

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

"Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).

Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
2. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek
a. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
b. Jangka masa yang panjang
c. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
d. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
e. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
f. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
g. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
h. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
i. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
j. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.


Jenis-jenis penilaian Projek

1. Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.


Langkah-langkah untuk menjalankan projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.






Ahad, 7 Ogos 2011

INTERAKSI 7 :: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Kaedah Penilaian Bahasa

 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
 Penilaian Melalui Soal Jawab


Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai
Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak
yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)
berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini
biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan
kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat
kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan

 Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk
keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
 Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan
proses pelaksanaan tugasan.
 Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar
berdasarkan kriteria yang ditentukan.
 Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau
penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang
berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat tersebut.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
 Penilaian objektif tugasan
 Hasil Pembelajaran
 Penilaian
 Format / Bentuk

Format Kontrak Pembelajaran
Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut
keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan
kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.

Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak
formal tetapi terancang dan jelas.



Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu






Penilaian Melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa
Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep,
kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan,
penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas
yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan
pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal.